Ahad, 23 Disember 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod




 Hyep. Assalam.

Harap-harap aku dapat iPod tu. Doakan eh? One more thing, jom join GA ni ramai-ramai. Yok!

Isnin, 17 Disember 2012

I Won't Give Up. Ngee.

  Selamat sejahtera, di kala malam yang hening ini, aku melayan blog2, dan sedang aku melayan blog2 yg cute and awesome tu, aku merasa bosan yang teramat. Jadi dengan sukacitanya aku menulis lirik lagu ni. Siapa tak tau lagu ni? Search kat youtube. Terimalah "I Won't  Give Up" by Jason Mraz.  
From album 'Love Is A Four Letter Word'
Credit gambar: http://www.syerabegam.com

When I look into your eyes,
It's like watching the night sky,
Or a beautiful sunrise,
Well, There's so much they hold,
And just like them old stars,
I see that you've come so far,
To be right where you are,
How old is your soul?

I won't give up on us,
Even if the skies get rough,
I'm giving you all my love,
I'm still looking up,

And when you're needing your space,
To do some navigating,
I'll be here patiently waiting,
To see what you find.

'Cause even the stars the burn,
Some even fall to the earth,
We've got a lot to learn,
God knows we're worth it,
No, I won't give up,
I don't want to be someone who walks away so easily,
I'm here here to stay and make the difference that I can make,
Our differences,
They do a lot to teach us how to,
Use the tools and gifts we got yeah,
We got a lot at stake,
And in the end you're still my friend,
At least we did intend for us to work we didn't break we didn't burn,
We had to learn, how to bend,
Without the world caving in,
I had to learn what I've got and what I'm not,
And who I am.

I won't give up on us,
Even if the skies get rough,
I'm giving you all my love,
I'm still looking up.

I won't give up on us,
God knows I'm tough enough,
We've got a lot to learn,
God knows we're worth it.

I won't give up on us,
Even if the skies get rough,
I'm giving you all my love,
I'm still looking up. 

Mood: Confuse. 

Khamis, 15 November 2012

Selamat Tahun Baru!

 Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat menyambut Maal Hijrah atau Awal Muharram. Semoga berbahagia semua hendaknya. Alhamdulillah, aku masih hidup lagi pada hari yang mulia ini untuk terus menyumbangkan sesuatu untuk blog ni.
  Pagi tadi aku tengok tv semua cerita pasal hijrah. Ada stesen tv yang jemput artis yang berhijrah lah, ada yang jemput ustaz-ustaz untuk membincangkan pasal hijrah, dan macam-macam lagi. Ikut cara masing-masinglah kan. Ok.
Credit to: http://khalifahjiwa.blogspot.com/
 Cakap pasal hijrah, sekarang ni ramai artis yang berhijrah betul tak? Alhamdulillah. Hidayah Allah sampai kepada mereka. Mereka cuma perlu perbaiki segala kelemahan dan terus istiqamah pastinya. Aku bukannya nak bincang pasal hijrah sangat pun. Sebab kalau nak bincang pasal tu, dalam tv ada, radio ada, jadi aku rasa aku tak perlu nak tulis pasal hijrah kat sini.
 Apapun, sekali lagi. Selamat menyambut Awal Muharram. Semoga hari ini akan menjadi sempurna bagi kita semua. Akhir sekali, enjoy the song.

Selasa, 30 Oktober 2012

SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!!

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dalam suasana yang sangat bosan, tiba- tiba aku ternampak contest ni. Jom join ramai-ramai.


Firdaus

Khamis, 25 Oktober 2012

Perjuangan Yang Dah Berakhir

  Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Aku rasa dah lama aku tak  update blog ni. Bukan sebab aku ada blog lain. Tapi, sebab aku ada komitmen lain yang perlu diutamakan. Perjuangan aku untuk pelajaran dalam tahun ni baru saja berakhir. Tapi perjuangan untuk terus menuntut ilmu akan tetap diteruskan sampai bila-bila. Detik semasa dan sebelum berjuang untuk mendapatkan Sijil Menengah Ugama(SMU) akan kekal dalam ingatan. 
  Harapnya aku berjaya lah. Doakan eh. Untuk SMU ni ada 10 subjek. Termasuklah BM & BI. Yang lain semua agama. Apapun, now i'm free. Untuk tahun ni je. Tahun depan, SPM menanti. Huhu. Tak boleh nak santai lagi. 

   Esok pun dah raya haji. So, dikesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Eid Adha pada semua umat Islam. :)

Sabtu, 1 September 2012

Merdeka?!

 Assalamualaikum, selamat sejahtera pada korang semua. Pada hari Jumaat yang lepas seperti yang telah tertulis di kalendar ialah hari Kemerdekaan Negara yang ke-55. Teruja. Kenapa? Waktu-waktu macam nilah aku dapat tengok manusia macam robot melintas tengah-tengah jalan tu. Takdelah, gurau je. 
 Sebenarnya aku suka sebab cuti. Hehe. :D . Tiga hari terus pula tu. Walaubagaimanapun, cuti-cuti juga,kerja kena buat. Hurmm. Aku tulis ni sebab hari kemerdekaan itu saja. Aku malas nak tulis pasal ibrah tu semua. Asyik nak nasihat orang je. Akhirnya nanti perangai dia masih macam tu jugak. Takpelah.
 Cuma aku nak tulis sikit je. Rakyat Malaysia belum merdeka sepenuhnya. Sebab sesetengah daripada kita suka sangat ikut budaya dari Barat tu. Aku bukan nak cakap perkara tu salah. Cuma fikirlah. Jangan sampai orang luar negara sudah tak kenal rakyat Malaysia.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Happy Birthday...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Sedar tak sedar dah hampir dua minggu kita ummat islam berpuasa. Dan tanpa disedari sudah banyak masa yang kita gunakan dalam hidup ini. Macam mana nak sedar kalau asalkan tiba waktu petang belum pukul tujuh dah tercanguk depan meja makan. Ada ke orang ada perangai macam tu? Huhu.
 Sebenarnya tanpa disedari juga, blog ini sudah mencapai umur 1 tahun pada bulan Ogos ni. Waaah. Aku fikir nak buat GA tapi tak pandai. Kecualilah ada yang nak ajarkan aku. Hehe. Anyway happy birthday to this blog and aku cuma boleh tulis sampai sini je. Sebab aku dah nak exam jadi kena belajar banyak. Waktu aku tulis ni pun aku kena curi-curi masa nak lawat blog ni and blog kawan-kawan aku serta followers aku.
 I'll miss you Ramadhan...

Khamis, 19 Julai 2012

Ramadhan is Coming!!!

  Assalamualaikum pada kepada bloggers, blogwalkers, dan pelawat2 blog yang tak seberapa ni. Aku sebenarnya tak tau nak tulis apa ni. Otak aku pun tengah blank, sebab semalam dah dengar ceramah Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz dan kelmarin ceramah ADUN kawasan. Aduh. Hidup ni penuh dengan paksaan. 
  Oklah. Ramadhan pun dah nak menjelang tak berapa lama lagi. Persediaan aku? Hehehe, jangan cakaplaa. Aku tak sedia langsung. Huhu. Harapnya Ramadhan tahun ni akan menjadi Ramadhan yang terbaik untuk aku.  Harapnya. Tahun ni memang buat aku stress je. Exam da nak dekat. Sedia? Langsung tak. Jadi aku fikir mungkin aku tak akan post apa-apa lepas ni, kot. Hehe. Tengoklah kalau aku rasa nak post something, aku buatlah.
  Apapun, harapnya Ramadhan kali ni akan menjadi sebuah madrasah untuk kita memperbaiki diri kita. Harapnya juga kita kan bergembira dengan Ramadhan ni. Bukan asyik fikir nak raya saja.



Credit: Pemilik gambar di atas.


Ahad, 8 Julai 2012

Muhasabah Cinta


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu
C/O
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to C/O:

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada bloggers dan pelawat blog ini. Kali ini aku saja letak lirik lagu ni sebab aku dah tak ada idea nak letak post apa. Aku suka lagu ni sebab lagu pada aku ada kisah dia.
  Masa kali pertama aku dengar lagu ni, aku tengah fikir tentang si dia. Padahal dia cuma crush aku je. Bila terdengar je lagu ni aku terus sedar, tak ada guna aku fikir tentang budak tu kalau hubungan aku dengan Allah pun aku tak jaga.
Aku sedih sangat bila fikir keadaan aku waktu tu. Apapun sekarang selepas tuhan dah sedarkan aku tentang hakikat ini, hidup aku dah semakin baik dan teratur. 
 Terima kasih tuhan...

Segmen : Jom tingkatkan follower by Hanis


http://tuanhanis.blogspot.com/2012/07/segmen-jom-tingkatkan-follower-by-hanis.html


Sabtu, 30 Jun 2012

Are You Ready?

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua bloggers, blogwalkers dan pelawat-pelawat blog ini. Sedar tak sedar bulan Ramadhan sudah mendekati. Hanya tinggal lagi beberapa hari lagi.  
  Apa yang terjadi dalam bulan ramadhan itu? Puasa? Betul, selain daripada itu? :) Dalam bulan puasa apa yang akan terjadi ialah akan adanya pembaziran secara besar-besaran. Betul tak? Ada sesetengah orang suka membeli atau memasak makanan sebanyak yang boleh. Kalau boleh, semua makanan di bazar ramadhan itu hendak dibelinya. Kalau boleh semua bahan memasak yang ada di rumah hendak dimasaknya. Persoalannya. Kenapa hendak membazir membeli sebanyak makanan yang boleh kalau kita tahu kita tidak mampu menghabiskan kesemua makanan itu?
  Semua ini ada kaitannya sengan nafsu. Seperti yang kita semua tahu. Syaitan tidak akan mampu menghasut kita dalam bulan ramadhan. Jadi syaitan menghantar pembantunya yang lemah itu untuk menghasut kita pada bulan ramadhan. Nafsu itu lemah. Bahkan kita mampu mendidik nafsu yang jahat itu menjadi baik, lihat betapa lemahnya nafsu itu. Tetapi ia mempu menjadi kuat jika kita membantunya menjadi kuat. Dengan mengikut sahaja apa yang dicadangkan oleh nafsu itu. 
  Jadi cubalah dan terus berusahalah untuk melawan nafsu yang lemah itu. Jika kita merasa lemah atau putus asa untuk terus berusaha melawan nafsu itu. Mintalah bantuan daripada Allah s.w.t. yang memiliki alam yang sangat luas ini. Apapun sebelum kita menghadapi Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi. Saya menasihati diri saya dan anda semua, sediakanlah diri dan iman kita untuk menghadapi bulan yang mulia itu. Tundukkan hati kita untuk menyembah Yang Maha Esa. Semoga pada Ramadhan pada kali ini akan menjadi Ramadhan yang berkesan bagi diri kita. Amin. Semua yang silap itu datang dari diri saya dan semua yang baik itu datangnya daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.

Rabu, 27 Jun 2012

Konsisten

   Assalamualaikum, selamat sejahtera kepada para bloggers, blogwalkers, dan pelawat blog saya yang tak seberapa ini. Harapnya semua sihat-sihat belaka. Insyallah. Dah lama rasanya saya tak tulis dalam blog ni. Saya pun tak tahu nak tulis apa ni. Hehe. Tapi selepas difikirkan lebih dalam lagi. Saya dah tau nak tulis apa kali ini. Oklah. Apa yang saya nak cakap kali ni(<--patutnya tulis) ialah  tentang konsisten. 
  Sebenarnya semua orang perlu ingat akan sesuatu. Iaitu hidup kita yang kedua nanti. Apakah kita akan bahagia? Kenapa aku tulis tentang ini? Sebab saya nak kita semua cuba dan sentiasa cuba untuk berubah. Konsisten. Kita tidak perlu berubah dalam sekelip mata. Kita hanya perlu mencuba. Tidak dinafikan, untuk istiqamah dalam perkara seperti ini bukanlah satu perkara yang senang. Buat penat sahaja. Penat menahan ejekan orang sekeliling, penat menahan diri daripada berbuat perkara yang boleh menjauhkan diri kita daripada Tuhan, penat menahan dengki orang yang busuk hati, dan banyak lagi.
   Tetapi walaupun untuk konsisten untuk berubah bukanlah satu perkara yang senang, itu bukan tiket untuk kita mengelat untuk terus konsisten. Jika ada orang yang berbuat begitu, itu namanya pengecut. (Mungkin ada yang cakap, apalah dia ni tulis pasal konsistenlah, apa lah. Kolot  jek. Suka hati oranglah nak buat apa.) Saya tak kisah kalau ada orang cakap macam tu. Tapi ingat, hidup ini bukan sekali. Apa yang akan jadi kepada kita di sana? Fikir-fikirkan lah. Apapun segala yang silap datang dari saya sendiri, dan segala yang baik itu datangnya dari Tuhan.


Selasa, 12 Jun 2012

First Time Buat Macam Ni.

  Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada anda para blogger dan blogwalkers. Hiyall. Ok la. Kali ni aku nak tulis  tentang kenapa kita kena jaga alam sekitar. Kenapa tiba-tiba aku nak cakap pasal alam sekitar pulak ni? Aku pun tak tahu. Idea kalau dah datang jangan di sekat.

  Kenapa kita perlu jaga alam? Aku nak bagi satu analogi untuk kita semua fikir. Kalau dalam rumah kita ada haiwan perosak seperti tikus atau lipas atau cicak atau apa saja yang boleh merosak dan mengotorkan rumah kita, apa kita akan buat? Biarkan? Bunuh? Halau? Yang mana satu kau orang akan pilih?  Kalau aku nampak haiwan itu, aku akan pilih bunuh atau halau sebab dia buat rumah aku kotor dan rosak. Ataupun barang milik kita, dikotor atau dirosakkan oleh seseorang atau sesuatu. Apa perasaan korang? Mesti marahkan. Keadaan itu sama saja dengan kita jika kita suka membuang sampah merata-rata, menebang hutan sesuka hati, mencemarkan alam sesuka hati. Membuat dosa di sana sini.Kenapa aku cakap sama? Cuba korang fikir, alam ini milik tuhan, alam ini ciptaan tuhan. Dan kau orang pun tahu, tuhan itu maha melihat. Kalau kita rosakkan alam ini, tuhan boleh nampak dengan senang. Waktu itu tuhan boleh buat apa saja dengan kita. Tuhan boleh lumpuhkan kita. Tuhan boleh buat gempa bumi. Tuhan boleh buat tsunami pada waktu itu. Walaupun di tempat yang mustahil bagi kita air laut boleh sampai.

  Cuma bezanya kita dengan tuhan ialah kita kalau nampak haiwan atau orang itu,kita akan terus bertindak, tapi tuhan sentiasa boleh lihat kita, tapi Dia boleh bersabar dari terus bertindak. Maka, cuba-cubalah fikirkan. Segala yang silap datang dari saya, dan segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. Aqulu qauli haaza waastagfirullaha ghafururrahim. Assalamualaikumwarahmatullah







Khamis, 7 Jun 2012

Mission Accomplished!

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda para bloggers dan para blogwalker. Entry aku kali ni aku pun tak tau nak letak apa. Masa aku tengah fikir nak letak entry apa kali ini, tiba-tiba aku terfikir aku nak cerita pada korang sesuatu.
  Kembali kepada tajuk di atas. Mission accomplished? Mission apa yang accomplishednya? Mision akulah. Sepanjang cuti aku aku target nak buat sebuah cerita pendek yang tak berapa pendek. Selama empat minggu aku bertungkus lumus menyiapkan cerita ni, dengan pelbagai halangan yang menghalang, akhirnya cerita itu siap juga. Puas. Itu saja yang aku rasa.  
  Cerita itu mengisahkan tentang  seorang anak yang suka membantah permintaan ibu dan bapanya. Tapi, nak tak nak dia terpaksa ikut permintaan itu. Dan akhir sekali. Maaf aku tak boleh bercerita lebih lanjut. Ada hal sikit. Ada masa aku cerita lagi. Maaf dan terima kasih.

Khamis, 31 Mei 2012

Menjadi Diriku


 Dibawah ini adalah lirik lagu dari kumpulan EdCoustic bertajuk Menjadi Diriku. Enjoy the song.



 Tak seperti bintang di langit,
 tak seperti indah pelangi,
 kerna diriku bukanlah mereka,
 ku apa adanya.

 Wajahku kan memang begini,
 sikapku jelas tak sempurna,
 ku akui ku bukanlah mereka,
 ku apa adanya.

*Menjadi diriku dengan segala kekurangan,
 menjadi diriku atas kelebihanku.

 Terimalah aku seperti apa adanya,
 aku hanya insan biasa,
 tak mungkin sempurna,
 tetap ku bangga atas apa yang ku punya,
 setiap waktu ku nikmati,
 anugerah hidup yang ku miliki.

 ulang *

Selasa, 22 Mei 2012

Hadiah??


Falsafah hidupnya ‘Buatlah apa saja,asal tak kacau orang lain.’, Ashraff atau nama sebenarnya Muhammad Ashraff seorang yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang sempurna.
  Dari sifat fizikalnya lengkap satu pakej. Badannya yang sederhana tegap datang bersama wajahnya yang bujur sireh beserta kulitnya yang sawo matang tetapi kelihatan putih itu boleh menyihir mata yang memandang. Ditambah lagi dengan cermin mata berbingkai penuh berwarna hitam, menyerlahkan lagi wajahnya.
  Itulah daripada apa yang orang pandang, bentuk fizikal semata-mata.
Orang jarang melihat apa yang ada di dalam diri seseorang itu. Walaupun Ashraff ini seorang yang boleh dikatakan agak sempurna, tetapi kehidupannya...

. . .

  Nun di ufuk barat, fajar serba salah mahu meninggalkan siang di sini, tetapi ia ada amanah untuk memberi siang itu kepada orang lain. Tatkala burung terbang untuk pulang ke sarang, datang bersamanya angin yang sepoi-sepoi, Ashraff keluar dari rumahnya dengan memandu kereta kompaknya menuju ke pusat membeli-belah di Bandar Melaka. Seperti biasa, dia akan merayau-rayau di sekitar pusat membeli-belah itu.
  Sedang Ashraff berjalan-jalan memerhati keadaan sekitar, tiba-tiba matanya terarah ke arah selatan, di mana ada sekumpulan pelajar yang berpakaian seragam sekolah sedang berbual sambil ada adegan bertepuk- tampar dalam sebuah restoran makanan segera yang terdapat di situ. Mungkin mereka datang dari sekolah terdekat.  ‘Hish, budak-budak ni. Lelaki perempuan selamba saja bertepuk- tampar begitu. Patutnya kalau nak melepak pun jagalah adab tu.’ Hati Ashraff mengkritik pelajar-pelajar itu.
  Sedang asyik memerhati keadaan sekitar, tiba-tiba. BUK! Tubuh Ashraff terduduk selepas dilanggar satu batang tubuh yang juga terjatuh di hadapannya. Sebaik rasa sakitnya hilang, dia memandang ke arah orang yang melanggar dirinya.
  Apa yang dilihat Ashraff kini sangat mengejutkan dirinya. Remaja di hadapannya itu memakai jubah dan kopiah. Tetapi jubah remaja itu agak berlainan daripada apa yang selalu dilihat. Ashraff terpesona seketika dengan pakaian remaja itu.
  ‘Ada lagi ke orang yang pakai seperti ini? Setahu aku hanya kaki masjid saja yang pakai macam ni. Budak ini lebai kah? Tapi beraninya dia pakai macam ni di pusat membeli-belah.’ Hati Ashraff komen akan penampilan remaja di hadapannya kini.
  “Maaf bang, saya tak perasan tadi.” Remaja itu meminta maaf.
  “Mmm, baiklah. Tapi kenapa kau langgar aku tadi?” Ashraff bertanya.
  “Oh, sebab saya nak cepat tadi, nak cari surau dari tadi tak jumpa-jumpa. Nak solat Maghrib. Minta maaf, bang. Saya minta diri dulu.” Remaja itu meminta izin.
  “Sekejap! Kau cakap tadi kau tak tahu surau di mana kan?” Ashraff meminta bertanya kembali.
  “Ya.” Jawab remaja itu ringkas
  “Habis tu, kau nak pergi ke mana tu? Surau ada di sana. Jom aku tunjuk.” Ashraff membawa remaja ke surau tanpa permintaan daripada remaja itu.  “Oh ya, apa nama kau ya?” Ashraff memulakan perbualan selepas mereka tidak bercakap selama beberapa minit.
  ”Nama saya,... Eh? Disitu surau rupanya. Dekat saja. Hehehe. Minta maaf dan terima kasih bang, sebab terpaksa tunjuk jalan kepada saya.” Remaja itu berkata lalu bergerak mahu meninggalkan Ashraff dan masuk ke dalam surau.
  “Hei tunggu sekejap! Kau free tak lepas ni? Aku nak kau teman aku makan malam ni. Boleh tak?” Remaja itu serba salah mahu menerima jemputan Ashraff.
  “Errr.”

. . .

  “Nama saya Abdul Hakeem. Nama abang?” Hakeem memperkenalkan dirinya.
Selepas itu giliran Ashraff pula memperkenalkan dirinya.
  “Nama aku Ashraff. Muhammad Ashraff.”
  “Dari pakaian kau ni,ermm... Kau ni budak sekolah agama kan?”Ashraff bertanya.
 “Ya,betul tekaan abang. Saya memang pelajar sekolah agama.” Jawab Hakeem dengan riak wajah yang gembira.
  “Kau tak rasa malu ke pakai jubah dan kopiah pergi pusat membeli-belah? Cuba kau lihat orang lain, pakai t-shirt, kemeja, jacket dan seluar jean, bukankah itu lebih bergaya?” Ashraff cuba melemahkan semangat Hakeem.
  Sebaik saja mendengar soalan Ashraff itu, Hakeem terus memandang ke arah luar restoran tersebut. Kelihatan orang yang lalu-lalang dengan pelbagai karenah. Ada yang datang bersama keluarga.
  “Malu? Hehe. Buat apa nak malu? Saya lagi bangga pakai pakaian seperti ini. Tengok ni, jubah ni ada hoodie lagi. Abang pernah lihat? Tak pernah kan? Lagipun bang, pakai jubah dengan kopiah ini kan sunnah nabi. Lagi satukan, saya tak kisah pun dengan t-shirt, kemeja, jacket ataupun seluar jean itu. Semua tu datangnya dari barat. Ada baik dan buruknya.” Ujar Hakeem membalas pertanyaan Ashraff.
  “Order?” Tiba-tiba seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.
  Sebaik sahaja pelayan itu pergi, Ashraff menyoal Hakeem kembali dengan soalan tentang agama.
  “Ok, tadi kau pergi solatkan? Kenapa semua orang mesti solat?”
  “Wah soalan cepu perak tu. Baiklah, sebenarnya ada banyak sebab untuk solat, tapi yang saya ingat sikit saja. Antaranya kerana, solat itu memberi kita ketenangan dan dengan solat, kita boleh berjaya seperti apa yang ada dalam laungan azan iaitu, ’Hayya alal falaah’ yang bermaksud ‘Marilah menuju kejayaan.’” Hakeem menjawab ringkas sambil mencuba untuk berseloroh bagi menceriakan keadaan yang seperti tegang itu.
  “Apa pula kaitan antara solat dengan kejayaan?” Soal Ashraff lagi.
  “Seperti yang saya cakap tadi, bila kita solat kita akan berasa tenang. Jadi bila kita berasa tenang, kita buat kerja pun lancar sajalah. Selain itu, bila kita solat, biasanya kita akan berdoa. Waktu itu, mintalah ketenangan dan kejayaan daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu suka hamba-Nya meminta kepada-Nya.” Hakeem mengakhiri jawapannya.
  “Hmm, jawapan yang bagus walaupun kurang memuaskan. Apapun aku mahu mengucapkan terima kasih kerana kau sudi meluangkan masa kau.” Kata Ashraff sambil menghulurkan wang sebanyak RM 300 kepada Hakeem.
  “Sama-sama, tapi, apakah ini? RM 300? Untuk apa?” Hakeem serba salah mahu menerima duit sebanyak itu.
  “Ambil saja duit itu. Gunalah untuk apa saja yang kau mahu, asalkan ia tidak membawa dosa. Kau tahu siapa aku yang sebenarnya?” Soal Ashraff. Tetapi soalan Ashraff itu hanya dibalas dengan gelengan.
  “Aku sebenarnya adalah seorang hamba yang sudah lama melupakan erti solat, kepentingan solat, berdoa dan banyak lagi. Dan tentang duit itu, sebenarnya itu rezeki kau. Aku sebenarnya sudah bernazar, jika aku boleh jumpa seseorang yang boleh menasihati aku dalam sebuah pusat membeli-belah, aku akan hadiahkan dia RM 300, seperti yang engkau dapat. Dan aku memang tak sangka, kau yang dapat RM 300 ni. Tahniah dan terima kasih. Semoga kita dibenarkan bertemu lagi. Assalamualaikum.” Ashraff mengakhiri kalamnya,dan kemudian dia beredar ke kaunter untuk membayar makanan. Selepas itu, Ashraff terus beredar dari restoran tersebut sambil melambai kepada Hakeem yang masih berada dalam restoran.
  ‘Ermm, manusia-manusia, macam-macam kerenahnya... Semoga kita berjumpa lagi abang  Ashraff.’ Hati Hakeem berkata-kata.
  Dua minit kemudian, kelihatan Hakeem keluar dari restoran itu dengan riak wajah yang gembira.
  “Eh? Ke mana aku nak pergi ya?” Kata Hakeem sambil menggaru kepalanya.


Ahad, 25 Mac 2012

Takdelah Baru Sangat.

  Assalamualaikum, selamat sejahtera. Apa khabar. Harapnya korang semua sihat-sihat belaka dan sentiasa berada di dalam rahmat tuhan. Ok, kali ini, aku tak nak cakap banyak, mungkin sikit saja. 
  Kali ini aku nak cakap pasal lalai. Siapa boleh jamin, dalam sehari dia tidak pernah lalai walau seminit pun? Aku rasa tak ada yang boleh jamin. Kalau dia boleh maknanya dia seorang yang hidupnya berkualiti. Biasanya apa benda @ perkara yang boleh buat kita jadi lalai?
   Kalau kita perhati. Biasanya benda @ perkara yang boleh buat kita lalai adalah tv, muzik, SMS, gajet, games, cinta dan banyak lagi. Sebenarnya kan, itu semua hanyalah sebab untuk lalai. Benda tu semua tak salah pun. Yang salah sebenarnya kita. Ya, kita. Sebab apa? Sebab kita tak kawal sikap kita. 
  Persoalannya sekarang ialah bagaimana nak ubah sikap kita? Disiplin,usaha dan yang paling penting kemahuan dan ikhlas. Itu je, sikit bukan? Sikit-sikit juga,tapi nak buat bukan senang. Susah. 
  Tapi kan, siapa yang paling banyak lalai hah? Lelaki @ perempuan? Aku rasa perempuan sebab..... Faham- faham sendiri sudahlah. 


  P/s:'Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.'

Rabu, 7 Mac 2012

Bukan Tak Suka OK.

     As Salam, baru- baru ni, ada kawan aku baru dapat gf baru.And you guys know what? I hate to talking with a friend that falling in love.Bukan cemburu, tapi faham- faham sajalah orang yang tengah hot bercinta ni. Sikit-sikit telefonlah, SMSlah, cerita pasal gf dialah, yang paling koman pun termenung. Sampai aku pun naik bosan kalau bercakap dengan dia. 


 Tapi, bukan aku tak faham dengan orang yang bercinta ni. Cuma kalau boleh tu kawallah sikit angau tu. Jangan sampai duit kita melayang macam tu saja sebab layan si dia. Dan pandai- pandailah layan kawan tu, jangan sampai dia sakit hati dengan kita. Ok.Assalamualaikum

Jumaat, 3 Februari 2012

Setia

     Assalamualaikum, kepada anda yang sedang melawat blog ini. Terima Kasih. Kali ini aku mahu cakap tentang setia. Aku ada terbaca, yang ada seorang doktor, membuat sebuah kajian terhadap sifat malu. Beliau berkata " Seorang pemalu patut dipertimbangkan sebagai rakan kongsi terbaik anda. Orang jenis ini juga mempunyai tingkat kesetiaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan seorang pemberani."
    Kenapa aku tulis pasal setia ni? Sebab aku selalu dengar orang selalu ragu- ragu dalam memilih seorang kawan, sahabat, atau teman hidup. Biasa sangat. Tapi tidak semua orang pemalu itu setia.  


    Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Sekian terima kasih.   p/s(jangan lupa follow blog ini ya) 

Ahad, 8 Januari 2012

Nafs

      Ada orang cakap,orang perempuan ada lebih banyak nafsu daripada orang lelaki.Tetapi kenapa orang lelaki ramai yang suka ikut nafsu yang cuma satu sahaja itu? Aku tak nafikan ada sesetengah orang perempuan yang suka ikut nafsu mereka. Itu aku tak berapa hairanlah. Tak silap aku orang perempuan ada 99 nafsu. Tapikan, adakah manusia sering tunduk pada nafsu disebabkan tekanan hidup? Ataupun godaan atau apa? Siapa tahu?




Seseorang yang masih keimanan yang banyak tidak akan tunduk pada nafsu

Isnin, 2 Januari 2012

Happy New Year! ;)

   Aku rasa aku tak mahu cakap banyak-banyak. Cukuplah sikit je. Lagi pun korang bukan nak baca pun kalau panjangkan.?
    Pertama sekali, SELAMAT TAHUN BARU. INGAT! Kita semakin tua tau bukan muda lagi. Kalau korang nak berseronok, berseronoklah. Takda sapa yang kisah. Tapi korangjaga adab sebagai orang timur yang sopan santun tu. Dan ingat, semakin bertambah tahun, itu bermakna semakin tua umur kita dan juga umur dunia ini bila-bila masa saja kita semua akan 'passed away'. 
    Tapi jangan sedih-sedih,jangan juga gembira sangat. Ujian akan sentiasa menunggu kita.      Enjoy This Song :)