Ahad, 25 Mac 2012

Takdelah Baru Sangat.

  Assalamualaikum, selamat sejahtera. Apa khabar. Harapnya korang semua sihat-sihat belaka dan sentiasa berada di dalam rahmat tuhan. Ok, kali ini, aku tak nak cakap banyak, mungkin sikit saja. 
  Kali ini aku nak cakap pasal lalai. Siapa boleh jamin, dalam sehari dia tidak pernah lalai walau seminit pun? Aku rasa tak ada yang boleh jamin. Kalau dia boleh maknanya dia seorang yang hidupnya berkualiti. Biasanya apa benda @ perkara yang boleh buat kita jadi lalai?
   Kalau kita perhati. Biasanya benda @ perkara yang boleh buat kita lalai adalah tv, muzik, SMS, gajet, games, cinta dan banyak lagi. Sebenarnya kan, itu semua hanyalah sebab untuk lalai. Benda tu semua tak salah pun. Yang salah sebenarnya kita. Ya, kita. Sebab apa? Sebab kita tak kawal sikap kita. 
  Persoalannya sekarang ialah bagaimana nak ubah sikap kita? Disiplin,usaha dan yang paling penting kemahuan dan ikhlas. Itu je, sikit bukan? Sikit-sikit juga,tapi nak buat bukan senang. Susah. 
  Tapi kan, siapa yang paling banyak lalai hah? Lelaki @ perempuan? Aku rasa perempuan sebab..... Faham- faham sendiri sudahlah. 


  P/s:'Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.'