Jumaat, 24 Mei 2013

You Can Do It!


Lumrah hidup manusia, walau macam mana pun kita untuk cuba menyempurnakan diri, mesti ada kelopongan di mana-mana. Tapi, usaha untuk berubah itu yang sepatutnya diutamakan.

Ada sesetengah daripada kita yang cukup kuat untuk berubah. Tapi adakah kita cukup kuat untuk terus kekal?

Aku dulu pernah jadi seorang yang agak teruk. Tapi, pada satu hari tu, aku terjumpa video seorang abang ni. Bila aku tonton video tu, semangat aku untuk berubah tiba- tiba menyala. But, you know,  kalau kita nak berubah, mesti akan ada orang yang dengki pada kita.

Sometimes, bila kita cuba untuk berubah, kawan-kawan ejek kita, pulaukan kita. Ada satu masa tu aku sampai rasa macam ditindas. Waktu tu rasa macam down sangat. Rasa macam menyesal sangat berubah ni. 

Tapi, waktu tu ada satu ilham datang. Kenapa aku tak adukan perkara ini kepada Yang Maha Berkuasa? Selepas itu, aku terus mengambil wuduk dan buat solat sunat hajat. Harapnya Tuhan berikan aku semangat untuk terus istiqamah di jalan-Nya.

Benarlah firman Allah,"Hanya dengan mengingati Allah, hati kamu akan menjadi tenang." 

Jadi kepada kamu yang membaca artikel ini, kalau terdetik di hati, atau ada ajakan untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik, jangan tunggu lagi. Terus berubah. Sebab kita tidak boleh menangguh kematian. Kita juga tidak mampu untuk menjangka masa kita akan pergi. Kita juga tak boleh cakap dengan malaikat maut macam ni.----->

     "Sekejap, sekejap, sekejap. Apa kata awak bagi saya masa dalam dua jam ke, saya nak buat solat taubat dulu. Sementara tu, pergilah cabut nyawa orang lain dulu."

atau

     "Tunggu dulu, saya merayu belas ihsan awak, tolong bagi saya masa satu hari mungkin? Atau mungkin satu tahun? Saya tak nak mati lagi, kahwin pun belum. Pleaseeeeee."

Oleh sebab itu, kita perlu segera berubah. Apa salahnya kalau nak berubah kepada sesuatu yang lebih baik.Masa tidak pernah menunggu kita. Hanya kita yang menunggu masa.


Ahad, 5 Mei 2013

Percaya Yang Tidak Akan Luput








Kami terpaksa mendiamkan diri kami selama ini,
Tapi untuk kali,
Tiada lagi diam bagi kami,
Kamu seksa saudara kami,
Kamu bunuh saudara kami, 
Kamu bom rumah mereka,
Kamu tembak mereka tanpa rasa bersalah,
Berapa ramai lagi,
Yang mahu kamu tambahkan dalam senarai mangsa kamu?

Sekalipun kamu bakar rumah kami,
Kami akan bangkit daripada abu-abu,
Sekalipun kamu hancurkan masjid kami,
Kami akan membinanya semula,
Satu demi satu,
Kamu bunuh seorang daripada kami,
Kami akan datang seramai seratus orang,
Walaupun kamu berjaya membunuh pemimpin kami,
Jangan fikir kamu telah menang,
Jangan fikir kami telah jatuh,
Kami sudah bersedia,
Dan kami akan datang,
Mendapatkan kamu!
Kami tidak akan berhenti,
Tidak akan sesekali berhenti,
Sehingga semuanya selesai,
Sehingga semuanya tamat.

Sekalipun kamu kerap menyerang kami,
Kami tidak akan pernah mengalah,
Sekalipun kamu menyekat segala keperluan kami,
Kami tidak akan pernah mengalah,
Kami akan terus berusaha,
Kami tidak akan berhenti.
Sehingga Islam dapat berdiri megah di bumi ini.

Syria akan memenangi perang menentang Basyar Assad,
Palestin akan bebas daripada Zionis,
Royingya tidak akan dipinggirkan lagi,
Kerana kami percaya,
Dan akan terus percaya,
Tuhan sentiasa bersama kami,
Semoga Islam akan tegak di bumi ini,
Insya-Allah.


Credit to:1- Allah S.W.T., yang memberikan ilham,
                2- Mereka yang menjadi inspirasi.