Sabtu, 1 September 2012

Merdeka?!

 Assalamualaikum, selamat sejahtera pada korang semua. Pada hari Jumaat yang lepas seperti yang telah tertulis di kalendar ialah hari Kemerdekaan Negara yang ke-55. Teruja. Kenapa? Waktu-waktu macam nilah aku dapat tengok manusia macam robot melintas tengah-tengah jalan tu. Takdelah, gurau je. 
 Sebenarnya aku suka sebab cuti. Hehe. :D . Tiga hari terus pula tu. Walaubagaimanapun, cuti-cuti juga,kerja kena buat. Hurmm. Aku tulis ni sebab hari kemerdekaan itu saja. Aku malas nak tulis pasal ibrah tu semua. Asyik nak nasihat orang je. Akhirnya nanti perangai dia masih macam tu jugak. Takpelah.
 Cuma aku nak tulis sikit je. Rakyat Malaysia belum merdeka sepenuhnya. Sebab sesetengah daripada kita suka sangat ikut budaya dari Barat tu. Aku bukan nak cakap perkara tu salah. Cuma fikirlah. Jangan sampai orang luar negara sudah tak kenal rakyat Malaysia.

2 ulasan: