Sabtu, 3 Ogos 2013

First Thought For This Novel.




           Pejam celik, pejam celik dah nak raya dah. Sekejap je kan? OK guys, kali ni aku nak buat satu kolum baru untuk blog ni. That is 'Novel's Part". Here, I'll give my opinion on the novel I've read.
              4 hari lepas, kawan aku ada bagi pinjam novel terbitan Lejen Press. Tajuk dia 'Rokok Nan Sebatang' yang ditulis oleh 'Nami Cob Nobbler'. Benda pertama yang terlintas di fikiran aku bila baca 3 bab dalam novel ni, serabut. Tapi, bila baca yang seterusnya, novel ni jadi makin menarik. Susunan plot dia, idea dia, memang menarik. Walaupun bahasa dia agak 'out' tapi bagi aku selagi aku boleh faham cerita dia, it's alright.

rokoknansebatangkecil
Credit to: http://lejenpress.com/
              Bagi korang yang belum baca novel ni, meh aku cerita sikit. Novel menceritakan tentang Romi, seorang agen insurans yang menjalani rutin hidup yang agak membosankan. Pada suatu hari, Romi bertemu Wan, seorang lelaki misteri yang ingin mencari sesuatu dalam hidupnya. Wan bercadang untuk mengembara bersama Romi walaupun pada mulanya Romi menolak keran takut akan kehilangan kerjanya, tapi Romi akhirnya ikut serta dalam pengembaraan Wan. Dalam pengembaan tersebut, mereka berkenalan dengan Rudi, seorang pemuda yang bosan duduk di rumah ibu bapanya dan juga, Bunga Ramona, yang disukai Romia pada pandangan pertama. Nak tau lebih? Belilah sendiri. Hehe.
          



Pro:       Jalan cerita yang menarik, penulis pandai membawa pembaca ke dalam novel.
Kontra: Bahasanya agak ke 'laut'. Agak banyak ayat mencarut digunakan. Tidak sesuai 
            untuk mereka yang belum mumayyiz.