Isnin, 17 November 2014

Let's get Back To The Business!

Hyep! Jumpa lagi kita dalam entri terbaru ni. Terima kasih tuhan, akhirnya aku ada masa nak uruskan blog ni semula. Sedih pulak bila tengok statistik bllog ni menurun. Tapi apa boleh buat... (acah-II sedih)

Okay, for this entry. I'm going to meraban. (aku beritahu awal-II)

Bukan apa dah lama tak buka blog kan. Dalam otak ni dah ada banyak idea dah. Daripada segar idea tu sampai dah jadi lembik tak bermaya, maklumlah benda segar tak terus simpan dalam peti ais, lembiklah jadinya. Terus hilang dia punya roh. Huhu.

Ini aku nak beritahu ni. 

Awal tahun lepas, dalam bulan  satu. Aku ada beli satu AP smartphone jenama lenovo ni. First time pekedai tu recommend, aku tak tau apa kena dengan aku, aku terus setuju nak beli phone tu. (Informasi; aku seorang pengguna bijak. Tapi waktu tu tiba-II jadi lain, I don't know why.)

Dan sekarang, tak sampai setahun pakai dah buat banyak hal. Akhirnya, telefon tersebut selamat dijual dengan harga 150 hengget. Jauh beza dari harga waktu aku beli iaitu 440 ringgit kalau tak silap.

Tapi oklah. Telefon tu memang tak wujud untuk pengguna kat Malaysia pun sebenarnya. Cuma ada kat China je. Menyesal beli. (Bangang tak aku?)

Lepas tu aku terus beli telefon baru.

Itu aja yang aku nak cakap sebenarnya. Jangan mare ek?

Moral of the bebelan: Jadilah pengguna yang bijak. Jangan main sebat je, terutama bila melibatkan penghapusan etnik wang secara besar-besaran kat dalam akaun bank tu. 

Gembira selalu
Supaya duka berlalu.

Hito Addin a.k.a. Ai
Check Out!

p/s: Tak ada gambar untuk post kali ini. Sebab internet sangat tenat.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Dia Saudara Aku!






2012...

“Ayah dan ibu tau tak? Duit hasil belian kita di McD ni rupa-rupanya disumbangkan kepada Amerika dan Israel untuk bunuh orang di Palestin, Iraq dan banyak lagi,” Haikal membuka bicara dengan orang tuanya. Mereka terkedu mendengarkan kata-kata anak berusia lapan tahun itu.
“Mana Haikal tau ni? Jangan percaya sangat. Itu semua tipu saja,” ujar Encik Zahari, ayah kepada Haikal. Juga merupakan pemilik salah satu rangkaian francais kafe terkenal, Stabak (Starbuck).
“Tapi, cikgu yang beritahu Haikal macam tu. Tapi, memang cikgu tipu ke?”
“Mungkin cikgu Haikal dapat informasi yang salah. Mama yakin dia tak tipu. Takkanlah dia nak tipu anak ibu yang comel ini kan?” tambah Puan Asni sambil mencubit lembut pipi tembam Haikal. Kanak-kanak riang itu tersenyum riang, lalu dia teruskan makan hidangan di atas meja.
. . .
DUMM!
Bunyi letupan mengganggu tidurnya. Dia langsung celik. Memandang ke sisi. Cuma tinggal ibu yang sedang memandangnya dengan sayu. Ayahnya sudah tiada di tempat tidurnya.
Dia lantas bertanya kepada sang ibu. “Ayah mana, ibu? Tadi bukankah dia berada di sebelah Haikal?”
“Ayah kamu pergi mempertahankan tanah ini, nak. ”
Tidak lama kemudian, anak lelaki sulung keluarga ini masuk ke bilik ibunya. Dia yang sudah menginjak umur belia membawa bersama senapang AK-47.  Di kepala dan pergelangan tangan sudah siap dililit kain merah. Di belakangnya satu-satunya gadis di dalam keluarga. Dia yang memakai jubah hitam kelihatan cukup bersemangat. Haikal memandang roman ibunya, jelas terpancar perasaan risau yang menyerbu.
“Amir, kamu hendak ke mana? Ayah kamu dah keluar, kami cuma ada kamu untuk diharapkan menjaga kami,” luah ibu. Anak gadis itu terus mendampingi sang ibu. Cuba menenangkan barangkali.
“Amir tidak akan kemana-mana ibu. Amir akan bertahan di sini, kerana tadi ammu ada memberitahu Amir, tentera rejim itu dalam perjalanan ke sini. Sebentar lagi ammu akan datang. Dia sedang memanggil ayah,” kata Amir sambil sesekali menjengah ke tingkap. Bersedia akan kedatangan tentera laknat itu.
Tidak lama kemudian, pintu rumah mereka diketuk kasar. Anak gadis yang dari tadi mendampingi ibunya seakan-akan hendak bergegas ke arah pintu. Namun pergerakannya dihalang si abang. Amir menggeleng. Riaknya serius. Respon itu sekaligus menambah rasa risau dalam diri setiap dari mereka.
Amir bergerak dengan berhati-hati. Mulutnya lancar mengucapkan kalimah syahadah. Sesampainya dia di pintu, Amir bertanya. “Siapa?”
BAMM!!
Pintu itu terus rebah bersama tubuh Amir.
. . .
“Ikut ammu,” arah ayahnya. Lalu si ayah terus berlari ke satu tempat lain. Bersembunyi. Sesekali dia memandang Haikal. Sayu. Senapang di bahu dipegang kejap, dia perlu bersiaga untuk menghadapi tentera rejim.
Sebentar tadi, ayahnya baru selamatkan dia dari tentera rejim. Sayangnya ayah sedikit terlambat. Mereka cuma sampai selepas abang dibunuh, si gadis dibawa ke satu bilik lain, dan ibu diseksa dengan kejam.
Mujurlah ayahnya membawa sekumpulan pejuang bersama. Mereka akhirnya berjaya menyelamatkan Haikal, tetapi yang lain terpaksa ditinggalkan kerana sekumpulan tentera backup rejim mengejar mereka. Mujur mereka sempat bersembunyi di salah satu hideout berdekatan.
Tangan Haikal ditarik perlahan oleh pakciknya. “Ammu, kita nak pergi ke mana? Kenapa ayah tak ikut sama?”
“Ayah kamu pergi mengambil semula ibu dan kakak kamu,” jawapan ringkas itu membuatkan Haikal mencuka. Tidak berpuas hati mungkin.
Kata anak itu, “Haikal nak ikut ayah. Lepaskan Haikal!” lalu dia pun meronta untuk dilepaskan. Namun genggaman lelaki pertengahan umur tersebut pada tangannya agak kuat, menyebabkan dia berasa sedikit sakit. Lelaki itu hanya memandang simpati.
“Hmph...” Haikal mendengus. “Ammu tolonglah. Haikal nak ikut ayah. Mana tau nanti Haikal boleh tolong ayah waktu ayah dalam kesusahan. Tolonglah. Tolong...” Rayu anak itu sambil melutut di kaki pakciknya itu.
“Haikal, ba...” belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, satu panggilan masuk ke telefon satelitnya.

“Waalaikumussalam, teruskan.” Dia mengarahkan pemanggil itu meneruskan kata-katanya. Riak wajahnya dari serius terus berubah kepada terkejut. Tidak lama kemudian, panggilan pun ditamatkan.
“Haikal, mulai sekarang ammu menjadi wali kamu.”
Haikal memandang wajah pakciknya, meminta penjelasan.
“Ayah,, ibu, abang, dan kakak kamu semuanya sudah terbunuh, Semoga mereka diletakkan bersama para syuhada’.” Lelaki itu kemudian memeluk Haikal. Erat.
Haikal memandang semua orang yang berada di situ. Wajah mereka semua sayu. Matanya terhenti pada pakciknya yang tubuh sang pakcik yang sedang memeluknya.
Lalu dia pun bertanya. “Kenapa semua orang bersedih?”
. . .

2022...

“Semua pelajar dipersilakan duduk.” Kata pengerusi majlis yang berada di atas pentas. Dari atas itu, kelihatan ramai pelajar yang datang dari seluruh pelosok dunia. Tidak terkecuali pelajar dari negara ini sendiri, Malaysia. Di sini, semua orang mempunyai dialek dan bahasa yang berbeza, berkumpul di universiti ini untuk satu tujuan, menuntut ilmu.
Di barisan tengah, kelihatan Haikal sedang membetulkan letak duduknya. Dia mengenakan kemeja lengan panjang berwarna merah saga, bertali leher hitam dan berseluar slack hitam berserta kasut kulit.
Sekilas dia terpandang fail lelaki di sebelahnya, tertulis di situ Palestine. Dia memandang lelaki itu takjub.
Lelaki itu mengenakan pakaian kemeja kotak-kotak lengan panjang, dipadankan pula dengan seluar slack warna hitam dan kasut kulit. Simple. Tak lama kemudian, lelaki itu perasan yang Haikal memandangnya.
Lelaki itu tersenyum lalu menghulurkan tangan. Haikal ingin membuka mulut memperkenalkan diri.
Salam bertaut. “Haikal.” Ujar mereka serentak.

Isnin, 14 Julai 2014

Jadi Budak Kecik Semula

Sepanjang hidup aku, Ramadan ni ialah Ramadan pertama yang aku sambut sendiri. Ya sendiri. Hasil keputusan SPM aku yang "ok",  aku diterima masuk ke KUIS.

Being a newbie is not fun. Aku jadi macam orang bodoh di sini. Semua benda aku kena belajar balik. Dari A sampai Z. Daripada basuh baju sampai mengurus masa. Huhuhu. Susah wei! Seumur aku, aku tak pernah kena urus masa dengan teliti

Dan sekarang, assignment datang bertimbun-timbun. Dan sebab aku rajin sangat nak ambil course Multimedia, it's all about creative, which is I'm not good with. Proposal, assignment, quiz, storyboard, bla, bla, bla, blablabla....

Tapi apa yang aku suka belajar di sini ialah dia orang ada banyak gila program. Cool, no? Dan ya, aku kena banyak tambah english skill aku.

That's all for now I think. See you next... post....

Just bought this lomo keychain

Khamis, 19 Jun 2014

Favourite Bulan Ni. Oh My....

1# A great collab from Taylor Swift and Ed Sheeran.




2# Lagu yang awesome dari Avril Lavigne




3# Parodi yang bersejarah



4# Nostalgia