Falsafah hidupnya ‘Buatlah apa saja,asal tak
kacau orang lain.’, Ashraff atau nama sebenarnya Muhammad Ashraff seorang yang
boleh dikategorikan sebagai seorang yang sempurna.
Dari
sifat fizikalnya lengkap satu pakej. Badannya yang sederhana tegap datang
bersama wajahnya yang bujur sireh beserta kulitnya yang sawo matang tetapi
kelihatan putih itu boleh menyihir mata yang memandang. Ditambah lagi dengan
cermin mata berbingkai penuh berwarna hitam, menyerlahkan lagi wajahnya.
Itulah daripada apa yang orang pandang, bentuk fizikal semata-mata.
Orang jarang melihat apa yang ada di dalam
diri seseorang itu. Walaupun Ashraff ini seorang yang boleh dikatakan agak
sempurna, tetapi kehidupannya...
. . .
Nun
di ufuk barat, fajar serba salah mahu meninggalkan siang di sini, tetapi ia ada
amanah untuk memberi siang itu kepada orang lain. Tatkala burung terbang untuk
pulang ke sarang, datang bersamanya angin yang sepoi-sepoi, Ashraff keluar dari
rumahnya dengan memandu kereta kompaknya menuju ke pusat membeli-belah di
Bandar Melaka. Seperti biasa, dia akan merayau-rayau di sekitar pusat membeli-belah
itu.
Sedang Ashraff berjalan-jalan memerhati keadaan sekitar, tiba-tiba
matanya terarah ke arah selatan, di mana ada sekumpulan pelajar yang berpakaian
seragam sekolah sedang berbual sambil ada adegan bertepuk- tampar dalam sebuah
restoran makanan segera yang terdapat di situ. Mungkin mereka datang dari
sekolah terdekat. ‘Hish, budak-budak ni.
Lelaki perempuan selamba saja bertepuk- tampar begitu. Patutnya kalau nak
melepak pun jagalah adab tu.’ Hati Ashraff mengkritik pelajar-pelajar itu.
Sedang asyik memerhati keadaan sekitar, tiba-tiba. BUK! Tubuh Ashraff
terduduk selepas dilanggar satu batang tubuh yang juga terjatuh di hadapannya.
Sebaik rasa sakitnya hilang, dia memandang ke arah orang yang melanggar
dirinya.
Apa
yang dilihat Ashraff kini sangat mengejutkan dirinya. Remaja di hadapannya itu memakai
jubah dan kopiah. Tetapi jubah remaja itu agak berlainan daripada apa yang
selalu dilihat. Ashraff terpesona seketika dengan pakaian remaja itu.
‘Ada lagi
ke orang yang pakai seperti ini? Setahu aku hanya kaki masjid saja yang pakai
macam ni. Budak ini lebai kah? Tapi beraninya dia pakai macam ni di pusat
membeli-belah.’ Hati Ashraff komen akan penampilan remaja di hadapannya kini.
“Maaf
bang, saya tak perasan tadi.” Remaja itu meminta maaf.
“Mmm,
baiklah. Tapi kenapa kau langgar aku tadi?” Ashraff bertanya.
“Oh,
sebab saya nak cepat tadi, nak cari surau dari tadi tak jumpa-jumpa. Nak solat
Maghrib. Minta maaf, bang. Saya minta diri dulu.” Remaja itu meminta izin.
“Sekejap! Kau cakap tadi kau tak tahu surau di mana kan?” Ashraff
meminta bertanya kembali.
“Ya.”
Jawab remaja itu ringkas
“Habis tu, kau nak pergi ke mana tu? Surau ada di sana. Jom aku tunjuk.”
Ashraff membawa remaja ke surau tanpa permintaan daripada remaja itu. “Oh ya, apa nama kau ya?” Ashraff memulakan
perbualan selepas mereka tidak bercakap selama beberapa minit.
”Nama
saya,... Eh? Disitu surau rupanya. Dekat saja. Hehehe. Minta maaf dan terima
kasih bang, sebab terpaksa tunjuk jalan kepada saya.” Remaja itu berkata lalu
bergerak mahu meninggalkan Ashraff dan masuk ke dalam surau.
“Hei
tunggu sekejap! Kau free tak lepas ni? Aku nak kau teman aku makan malam
ni. Boleh tak?” Remaja itu serba salah mahu menerima jemputan Ashraff.
“Errr.”
. . .
“Nama
saya Abdul Hakeem. Nama abang?” Hakeem memperkenalkan dirinya.
Selepas itu giliran Ashraff pula
memperkenalkan dirinya.
“Nama
aku Ashraff. Muhammad Ashraff.”
“Dari
pakaian kau ni,ermm... Kau ni budak sekolah agama kan?”Ashraff bertanya.
“Ya,betul
tekaan abang. Saya memang pelajar sekolah agama.” Jawab Hakeem dengan riak
wajah yang gembira.
“Kau
tak rasa malu ke pakai jubah dan kopiah pergi pusat membeli-belah? Cuba kau
lihat orang lain, pakai t-shirt, kemeja, jacket dan seluar
jean, bukankah itu lebih bergaya?” Ashraff cuba melemahkan semangat
Hakeem.
Sebaik saja mendengar soalan Ashraff itu, Hakeem terus memandang ke arah
luar restoran tersebut. Kelihatan orang yang lalu-lalang dengan pelbagai
karenah. Ada yang datang bersama keluarga.
“Malu?
Hehe. Buat apa nak malu? Saya lagi bangga pakai pakaian seperti ini. Tengok ni,
jubah ni ada hoodie lagi. Abang pernah lihat? Tak pernah kan? Lagipun
bang, pakai jubah dengan kopiah ini kan sunnah nabi. Lagi satukan, saya tak
kisah pun dengan t-shirt, kemeja, jacket ataupun seluar jean itu.
Semua tu datangnya dari barat. Ada baik dan buruknya.” Ujar Hakeem membalas
pertanyaan Ashraff.
“Order?”
Tiba-tiba seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.
Sebaik sahaja pelayan itu pergi, Ashraff menyoal Hakeem kembali dengan
soalan tentang agama.
“Ok,
tadi kau pergi solatkan? Kenapa semua orang mesti solat?”
“Wah
soalan cepu perak tu. Baiklah, sebenarnya ada banyak sebab untuk solat, tapi
yang saya ingat sikit saja. Antaranya kerana, solat itu memberi kita ketenangan
dan dengan solat, kita boleh berjaya seperti apa yang ada dalam laungan azan
iaitu, ’Hayya alal falaah’ yang bermaksud ‘Marilah menuju kejayaan.’” Hakeem
menjawab ringkas sambil mencuba untuk berseloroh bagi menceriakan keadaan yang
seperti tegang itu.
“Apa
pula kaitan antara solat dengan kejayaan?” Soal Ashraff lagi.
“Seperti yang saya cakap tadi, bila kita solat kita akan berasa tenang.
Jadi bila kita berasa tenang, kita buat kerja pun lancar sajalah. Selain itu,
bila kita solat, biasanya kita akan berdoa. Waktu itu, mintalah ketenangan dan
kejayaan daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu suka hamba-Nya meminta
kepada-Nya.” Hakeem mengakhiri jawapannya.
“Hmm,
jawapan yang bagus walaupun kurang memuaskan. Apapun aku mahu mengucapkan
terima kasih kerana kau sudi meluangkan masa kau.” Kata Ashraff sambil
menghulurkan wang sebanyak RM 300 kepada Hakeem.
“Sama-sama, tapi, apakah ini? RM 300? Untuk apa?” Hakeem serba salah
mahu menerima duit sebanyak itu.
“Ambil saja duit itu. Gunalah untuk apa saja yang kau mahu, asalkan ia
tidak membawa dosa. Kau tahu siapa aku yang sebenarnya?” Soal Ashraff. Tetapi
soalan Ashraff itu hanya dibalas dengan gelengan.
“Aku
sebenarnya adalah seorang hamba yang sudah lama melupakan erti solat, kepentingan
solat, berdoa dan banyak lagi. Dan tentang duit itu, sebenarnya itu rezeki kau.
Aku sebenarnya sudah bernazar, jika aku boleh jumpa seseorang yang boleh
menasihati aku dalam sebuah pusat membeli-belah, aku akan hadiahkan dia RM 300,
seperti yang engkau dapat. Dan aku memang tak sangka, kau yang dapat RM 300 ni.
Tahniah dan terima kasih. Semoga kita dibenarkan bertemu lagi.
Assalamualaikum.” Ashraff mengakhiri kalamnya,dan kemudian dia beredar ke
kaunter untuk membayar makanan. Selepas itu, Ashraff terus beredar dari
restoran tersebut sambil melambai kepada Hakeem yang masih berada dalam
restoran.
‘Ermm, manusia-manusia, macam-macam kerenahnya... Semoga kita berjumpa
lagi abang Ashraff.’ Hati Hakeem
berkata-kata.
Dua
minit kemudian, kelihatan Hakeem keluar dari restoran itu dengan riak wajah
yang gembira.
“Eh?
Ke mana aku nak pergi ya?” Kata Hakeem sambil menggaru kepalanya.