Isnin, 31 Mac 2014

Bestnya!!!....

As a ex- SPM candidate, hidup memang terasa bosan. Sangat. Lagi-lagi bila tak  tau nak buat apa.

Oleh sebab aku dah lama simpan tekad tak nak buang masa.

Aku gunalah komputer. As least, I can gain something from it, no?

Tapi,

Bila dah selalu sangat guna komputer. Aku jadi bosan. Lagi.

Tak apalah. Aku tetap godak-godak Syaikh Google tu. Mana tau aku akan jumpa sesuatu, kan?

Akhirnya, aku jumpa ni. Laman web Langit Ilahi. Best jugalah laman web tu. Menarik dan bermanfaat. Best like a beast like the best.

Kemudian, aku godak lagi As-Syaikh Google tu. (Dah macam nak buat cabutan bertuah pula. Godak, jangan tak godak!)

Aku masuk ke Youtube. Kemudian aku terjumpa anime Sword Art Online. Layan jugalah cerita ni. Sayangnya anime ni cuma ada 25 episod je. Sob, sob, sob....

Bila aku dah habis tonton semua episod, aku bosan. Semula.

Dah habis godak, aku gali pula. (Kesian As-Syaikh Google ni.) Hahaha. (Gelak jahat)

Gali punya gali, aku terjumpa website ni pula. Penulisan2u, pun best juga. Dalam tu ada novel dan cerpen. Tapi aku buka cerpen je. sangat banyak yang menggunakan tema percintaan. Oklah.... (nangis jap)

Ok, sekarang aku penat. Esok pula aku kena get ready for the JPJ test. Harap lulus. Sekian.

#PrayForMH370

Always be happy.