Sabtu, 30 Jun 2012

Are You Ready?

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua bloggers, blogwalkers dan pelawat-pelawat blog ini. Sedar tak sedar bulan Ramadhan sudah mendekati. Hanya tinggal lagi beberapa hari lagi.  
  Apa yang terjadi dalam bulan ramadhan itu? Puasa? Betul, selain daripada itu? :) Dalam bulan puasa apa yang akan terjadi ialah akan adanya pembaziran secara besar-besaran. Betul tak? Ada sesetengah orang suka membeli atau memasak makanan sebanyak yang boleh. Kalau boleh, semua makanan di bazar ramadhan itu hendak dibelinya. Kalau boleh semua bahan memasak yang ada di rumah hendak dimasaknya. Persoalannya. Kenapa hendak membazir membeli sebanyak makanan yang boleh kalau kita tahu kita tidak mampu menghabiskan kesemua makanan itu?
  Semua ini ada kaitannya sengan nafsu. Seperti yang kita semua tahu. Syaitan tidak akan mampu menghasut kita dalam bulan ramadhan. Jadi syaitan menghantar pembantunya yang lemah itu untuk menghasut kita pada bulan ramadhan. Nafsu itu lemah. Bahkan kita mampu mendidik nafsu yang jahat itu menjadi baik, lihat betapa lemahnya nafsu itu. Tetapi ia mempu menjadi kuat jika kita membantunya menjadi kuat. Dengan mengikut sahaja apa yang dicadangkan oleh nafsu itu. 
  Jadi cubalah dan terus berusahalah untuk melawan nafsu yang lemah itu. Jika kita merasa lemah atau putus asa untuk terus berusaha melawan nafsu itu. Mintalah bantuan daripada Allah s.w.t. yang memiliki alam yang sangat luas ini. Apapun sebelum kita menghadapi Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi. Saya menasihati diri saya dan anda semua, sediakanlah diri dan iman kita untuk menghadapi bulan yang mulia itu. Tundukkan hati kita untuk menyembah Yang Maha Esa. Semoga pada Ramadhan pada kali ini akan menjadi Ramadhan yang berkesan bagi diri kita. Amin. Semua yang silap itu datang dari diri saya dan semua yang baik itu datangnya daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan