Jumaat, 19 April 2013

Friday Message: Cukupkah Hiburan Yang Ada?

Assalamualaikum dan hai!


Pernah dengar tak orang cakap macam ni 'mari menjadi hamba yang sebenar-benar hamba? Kenapa diorang cakap macam tu? Mari sini dekat sikit. Ada benda aku nak beritahu.

 
Aku pun tak tau sebenarnya. Hehe. Takda lah. Nak tau kenapa? Sebab kita umat manusia pada akhir zaman ni selalu terleka. Kita generasi baru ni dah didedahkan dengan terlalu banyak hiburan. Majoriti remaja zaman sekarang lebih suka berhibur tanpa  pernah mahu menyumbangkan tenaga atau buah fikiran mereka sikit pun untuk agama. Sebagai bukti, kita boleh lihat sendiri di sekeliling kita. Boleh tak kita nyatakan berapa ramai rakan kita yang sempurna solatnya? Ramai yang sempurna atau ramai yang tak sempurna?


Berapa ramai pula yang mampu mengatakan "Aku redha Allah itu tuhanku, Islam itu agamaku, Muhammad itu nabi dan utusan tuhan, Al-Quran itu imamku, dan Kaabah itu kiblatku," dengan seikhlas hati?

Bila ada ajakan untuk mengikuti kuliah atau ceramah agama, berapa ramai yang memberi alasan mereka sibuk? Adakah mereka betul- betul sibuk? Ataupun kita memang sibuk, tapi sibuk dengan filem, drama, muzik, video game, dan perkara yang melalaikan yang lain?

Let's think about it together. Tuhan sudah berikan segala- galanya. Tuhan sudah berikan kita nikmat bernafas, darah, anggota badan yang cukup, nikmat deria, keluarga, kawan- kawan, bumi, udara. Pendek kata, tuhan dah berika kehidupan yang sempurna kepada kita. jadi apa lagi yang kita nak? bak kata tuhan dalam Al-Quran, terdapat banyak dalam surah Ar-Rahman, bermaksud " Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" Jom fikir sama- sama. Muhasabah diri kita di hari Jumaat yang mulia ni.


P/S: Sentiasa berusaha menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan