Ahad, 5 Mei 2013

Percaya Yang Tidak Akan Luput








Kami terpaksa mendiamkan diri kami selama ini,
Tapi untuk kali,
Tiada lagi diam bagi kami,
Kamu seksa saudara kami,
Kamu bunuh saudara kami, 
Kamu bom rumah mereka,
Kamu tembak mereka tanpa rasa bersalah,
Berapa ramai lagi,
Yang mahu kamu tambahkan dalam senarai mangsa kamu?

Sekalipun kamu bakar rumah kami,
Kami akan bangkit daripada abu-abu,
Sekalipun kamu hancurkan masjid kami,
Kami akan membinanya semula,
Satu demi satu,
Kamu bunuh seorang daripada kami,
Kami akan datang seramai seratus orang,
Walaupun kamu berjaya membunuh pemimpin kami,
Jangan fikir kamu telah menang,
Jangan fikir kami telah jatuh,
Kami sudah bersedia,
Dan kami akan datang,
Mendapatkan kamu!
Kami tidak akan berhenti,
Tidak akan sesekali berhenti,
Sehingga semuanya selesai,
Sehingga semuanya tamat.

Sekalipun kamu kerap menyerang kami,
Kami tidak akan pernah mengalah,
Sekalipun kamu menyekat segala keperluan kami,
Kami tidak akan pernah mengalah,
Kami akan terus berusaha,
Kami tidak akan berhenti.
Sehingga Islam dapat berdiri megah di bumi ini.

Syria akan memenangi perang menentang Basyar Assad,
Palestin akan bebas daripada Zionis,
Royingya tidak akan dipinggirkan lagi,
Kerana kami percaya,
Dan akan terus percaya,
Tuhan sentiasa bersama kami,
Semoga Islam akan tegak di bumi ini,
Insya-Allah.


Credit to:1- Allah S.W.T., yang memberikan ilham,
                2- Mereka yang menjadi inspirasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan