Khamis, 24 Oktober 2013

Teaser... Ke?

           Pejam celik, pejam celik, sekarang dah masuk bulan 10. Kalau beberapa bulan yang lepas aku ada masukkan dalam blog ni satu cerpen. Kali ni, aku dah siapkan dua buah lagi cerpen untuk blog ni. Yang pertama dah siap proses editing. Tak lama lagi aku akan post dalam blog ni je. Yang lagi satu sedang melalui berusaha untuk melepasi sekatan yang dikenakan untuk di publish di blog ni.

           Di bawah ni ialah sebahagian daripada cerpen yang pertama.



          "Sekelip mata tubuh dua orang musuh yang berada di hadapannya terpisah dari kepala. Mangsa yang lain terus diburu. Sasarannya, leher. Dengan pergerakannya yang hampir tidak mampu dilihat, tugasnya menjadi lebih senang. 
           Dengan menggunakan kaca mata khas, dia dapat membeza dan mengenali rakannya dan tentera Tanah Utara dengan senang. Dengan kaca mata itu juga dia dapat melihat pergerakan rakan-rakannya. Pergerakan mereka sangat laju. Tentera yang berhadapan mereka menjadi tidak tentu arah.  Dan dalam kekeliruan mereka itu, ZASS!!! Sepantas kilat tubuh mereka terpisah dari kepala." 
 
Credit: www.mmoga.com
Tu cuma sebahagian je. Ada banyak lagi yang korang belum baca. Doakan supaya ia dapat diletakkan di blog ni secepat mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan