Rabu, 21 Mei 2014

Daripada Si Dia.

Pesan-pesan pada mulut, waspada apabila berkata-kata. Risau terlajak buruk padahnya.

Pesan-pesan pada hati, jaga batas monolog. Khuatir menghitam nanti. Jaga nafsu yang membuncah. Takut terlepas, ia mengganas, sakit nanti.

Pesan-pesan pada tangan, berhati-hati apabila bertindak. Waspada dalam nafsu tarian sang jari. Khuatir mata rosak, hati legam.

Pesan-pesan pada mata, jaga batas penglihatan. Supaya tak rosak nanti.

Pesan-pesan pada diri, jaga diri. Batasan jangan dilanggar, ikhtilat perlu dijaga. Membuat Dia murka bukan perbuatan terbaik. Jaga.

Pesan-pesan pada iman, bersabarlah. Dunia ini sangat mencabar. Kau perlu bersama dengan aku, kuat. Menambah baik selalu. Meruntuh segala nista, fitnah dunia. Sehingga ke akhir hayat.

Pesan aku. Untuk berjaya bukan seperti membeli lolipop. Keluarkan duit, beri kepada penjual, ambil lolipop dan buka pembalut, lalu disumbat ke dalam mulut, deria manis di lidah mengambil alih sistem deria rasa. Kita perlu bersusah. Kerana itu kita perlu ikhlas. Supaya yang susah tidak berapa terasa. 

 
Credit: Tuan punya gambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan