Sabtu, 9 Februari 2013

Susah Sangat Ke?

  Assalamualaikum dan hai. Aku rasa dah lama aku tak update blog ni. Sibuk la katakan (sibuk la sangat). Hehe. Letak header pun tak kena warna dia. Terpaksa buat balik lah jawabnya.

  Assalamualaikum. Satu perkataan yang pendek. Tidak perlu menarik nafas yang panjang untuk mengucap salam. Tidak perlu membaca teks hanya  untuk mengucapkan salam. Dan kita tak akan ditembak pun kalau kita mengucapkan salam. Pendek kata, kita tak perlu bersusah- payah hanya untuk mengucapkan  lafaz 'Assalamualaikum'. Tapi, kenapa kita susah nak beri salam. Baik kepada orang yang kita kenal atau tak. Pokoknya, kenapa? Hehe. Aku ada tanya orang jugak pasal ni. Nak tau apa jawapan diorang?

Hafis: Ala bro, bagi salam tu bukannya wajib pun. Sunat je kot. Buat apa nak tebalkan muka cuma sebab nak bagi salam?

Zee: Kenapa kita susah nak bagi salam kat orang? Heh, Ala kau macam tak tau je manusia ni camne. Kalau yang lelaki tu, kita bagi salam je dia ingat kita suka dia. Tang perempuan pulak, nanti dia ingat kita nak tunjuk alim. Sori sikit.

Credit to: joannatalksalot.blogspot.com
  Aku rasa cukuplah setakat dua jawapan ni je. Sebab jawapan lain lebih kurang je dengan jawapan diorang berdua ni. Baiklah. Biar aku beritau korang (bajet pandai je). Seperti yang aku cakap tadi, nak beri salam bukannya susah. Apa salahnya kalau kita cuba meramahkan diri dengan masyarakat yang muslim, dengan ucapan salam dan sebuah senyuman? Aku tak rasa itu salah. Cuma mungkin kita ada rasa yang sama macam diorang berdua tu. Atau mungkin selain daripada itu. 

  Dalam kes Hafis tadi. Memang beri salam itu tak wajib. Tapi menjawab salam tu wajib. Tapi perkara yang sunat pun ada pahala dia juga. Kalau rasa dah kebal sangat dari api neraka tu, mungkin yang sunat boleh ditinggalkan. Tapi sebelum tu, ingat semula, Nabi yang maksum sendiri beribadah sampai cedera di kaki semata-mata untuk menunjukkan syukur kepada Tuhan dengan solat sunat. Jadi, banyak sangatkah pahala kita untuk meninggalkan yang sunat?

  Macam kes Zee tu, masalah dia tak lebih dari perasaan. Mungkin dia suka berburuk sangka kat orang lain, tak tau lah. Tapi yang pasti, Zee dan sesiapa yang ada rasa macam dia waktu nak bagi salam kat orang, baik buang perasaan tu jauh- jauh. Sebab, siapa tak suka kalau orang tu doakan dia selamat dan sejahtera? Kalau kita pun kita suka kan? Jadi, cuba jadikan hari- hari kita ceria dengan senyuman. Cakap pasal salam ni aku teringat apa yang pernah terjadi kat aku. 

  Aku ni memang jenis pendiam. Jadi kalau waktu jalan- jalan tu aku memang diam je. Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku jalan- jalan kat Melaka. Kemudian aku pun rasa macam nak duduk je tiba- tiba. Aku ternampak ada satu bangku ni, kemudian aku duduk. Tengah aku layan penat tu. Datang seorang pak cik ni, dan kemudiannya duduk sebelah aku. Aku pun cam biasa, diam. Lepas tu, dia bagi salam kat aku, dengan senyuman yang ikhlas. Aku pun macam serba salah nak jawab. Sebab patutnya aku yang bagi salam kat dia sebagai tanda hormat. Ini dia pula yang bagi salam kat aku. Dan akhirnya aku jadi cam bersemangat hari tu, ya lah orang dah doakan aku, percuma pula tu tak payah susah- susah nak panggil orang buat majlis doa selamat. Hehe.

  Moral of the story, ucapan salam tu maksud dia bukannya untuk menghina. Ia untuk disebarkan seluas- luasnya. Jadi bersama sebarkan salam, dan merapatkan hubungan sesama Islam. Insysa-Allah. Bersama melangah satu persatu tapak ke hadapan untuk menjadikan hari ini sentiasa lebih baik dari semalam.

Assalamualaikum. Barak-Allahu fiikum.