Khamis, 15 November 2012

Selamat Tahun Baru!

 Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat menyambut Maal Hijrah atau Awal Muharram. Semoga berbahagia semua hendaknya. Alhamdulillah, aku masih hidup lagi pada hari yang mulia ini untuk terus menyumbangkan sesuatu untuk blog ni.
  Pagi tadi aku tengok tv semua cerita pasal hijrah. Ada stesen tv yang jemput artis yang berhijrah lah, ada yang jemput ustaz-ustaz untuk membincangkan pasal hijrah, dan macam-macam lagi. Ikut cara masing-masinglah kan. Ok.
Credit to: http://khalifahjiwa.blogspot.com/
 Cakap pasal hijrah, sekarang ni ramai artis yang berhijrah betul tak? Alhamdulillah. Hidayah Allah sampai kepada mereka. Mereka cuma perlu perbaiki segala kelemahan dan terus istiqamah pastinya. Aku bukannya nak bincang pasal hijrah sangat pun. Sebab kalau nak bincang pasal tu, dalam tv ada, radio ada, jadi aku rasa aku tak perlu nak tulis pasal hijrah kat sini.
 Apapun, sekali lagi. Selamat menyambut Awal Muharram. Semoga hari ini akan menjadi sempurna bagi kita semua. Akhir sekali, enjoy the song.