Sabtu, 30 Jun 2012

Are You Ready?

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua bloggers, blogwalkers dan pelawat-pelawat blog ini. Sedar tak sedar bulan Ramadhan sudah mendekati. Hanya tinggal lagi beberapa hari lagi.  
  Apa yang terjadi dalam bulan ramadhan itu? Puasa? Betul, selain daripada itu? :) Dalam bulan puasa apa yang akan terjadi ialah akan adanya pembaziran secara besar-besaran. Betul tak? Ada sesetengah orang suka membeli atau memasak makanan sebanyak yang boleh. Kalau boleh, semua makanan di bazar ramadhan itu hendak dibelinya. Kalau boleh semua bahan memasak yang ada di rumah hendak dimasaknya. Persoalannya. Kenapa hendak membazir membeli sebanyak makanan yang boleh kalau kita tahu kita tidak mampu menghabiskan kesemua makanan itu?
  Semua ini ada kaitannya sengan nafsu. Seperti yang kita semua tahu. Syaitan tidak akan mampu menghasut kita dalam bulan ramadhan. Jadi syaitan menghantar pembantunya yang lemah itu untuk menghasut kita pada bulan ramadhan. Nafsu itu lemah. Bahkan kita mampu mendidik nafsu yang jahat itu menjadi baik, lihat betapa lemahnya nafsu itu. Tetapi ia mempu menjadi kuat jika kita membantunya menjadi kuat. Dengan mengikut sahaja apa yang dicadangkan oleh nafsu itu. 
  Jadi cubalah dan terus berusahalah untuk melawan nafsu yang lemah itu. Jika kita merasa lemah atau putus asa untuk terus berusaha melawan nafsu itu. Mintalah bantuan daripada Allah s.w.t. yang memiliki alam yang sangat luas ini. Apapun sebelum kita menghadapi Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi. Saya menasihati diri saya dan anda semua, sediakanlah diri dan iman kita untuk menghadapi bulan yang mulia itu. Tundukkan hati kita untuk menyembah Yang Maha Esa. Semoga pada Ramadhan pada kali ini akan menjadi Ramadhan yang berkesan bagi diri kita. Amin. Semua yang silap itu datang dari diri saya dan semua yang baik itu datangnya daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.

Rabu, 27 Jun 2012

Konsisten

   Assalamualaikum, selamat sejahtera kepada para bloggers, blogwalkers, dan pelawat blog saya yang tak seberapa ini. Harapnya semua sihat-sihat belaka. Insyallah. Dah lama rasanya saya tak tulis dalam blog ni. Saya pun tak tahu nak tulis apa ni. Hehe. Tapi selepas difikirkan lebih dalam lagi. Saya dah tau nak tulis apa kali ini. Oklah. Apa yang saya nak cakap kali ni(<--patutnya tulis) ialah  tentang konsisten. 
  Sebenarnya semua orang perlu ingat akan sesuatu. Iaitu hidup kita yang kedua nanti. Apakah kita akan bahagia? Kenapa aku tulis tentang ini? Sebab saya nak kita semua cuba dan sentiasa cuba untuk berubah. Konsisten. Kita tidak perlu berubah dalam sekelip mata. Kita hanya perlu mencuba. Tidak dinafikan, untuk istiqamah dalam perkara seperti ini bukanlah satu perkara yang senang. Buat penat sahaja. Penat menahan ejekan orang sekeliling, penat menahan diri daripada berbuat perkara yang boleh menjauhkan diri kita daripada Tuhan, penat menahan dengki orang yang busuk hati, dan banyak lagi.
   Tetapi walaupun untuk konsisten untuk berubah bukanlah satu perkara yang senang, itu bukan tiket untuk kita mengelat untuk terus konsisten. Jika ada orang yang berbuat begitu, itu namanya pengecut. (Mungkin ada yang cakap, apalah dia ni tulis pasal konsistenlah, apa lah. Kolot  jek. Suka hati oranglah nak buat apa.) Saya tak kisah kalau ada orang cakap macam tu. Tapi ingat, hidup ini bukan sekali. Apa yang akan jadi kepada kita di sana? Fikir-fikirkan lah. Apapun segala yang silap datang dari saya sendiri, dan segala yang baik itu datangnya dari Tuhan.


Selasa, 12 Jun 2012

First Time Buat Macam Ni.

  Assalamulaikum dan selamat sejahtera kepada anda para blogger dan blogwalkers. Hiyall. Ok la. Kali ni aku nak tulis  tentang kenapa kita kena jaga alam sekitar. Kenapa tiba-tiba aku nak cakap pasal alam sekitar pulak ni? Aku pun tak tahu. Idea kalau dah datang jangan di sekat.

  Kenapa kita perlu jaga alam? Aku nak bagi satu analogi untuk kita semua fikir. Kalau dalam rumah kita ada haiwan perosak seperti tikus atau lipas atau cicak atau apa saja yang boleh merosak dan mengotorkan rumah kita, apa kita akan buat? Biarkan? Bunuh? Halau? Yang mana satu kau orang akan pilih?  Kalau aku nampak haiwan itu, aku akan pilih bunuh atau halau sebab dia buat rumah aku kotor dan rosak. Ataupun barang milik kita, dikotor atau dirosakkan oleh seseorang atau sesuatu. Apa perasaan korang? Mesti marahkan. Keadaan itu sama saja dengan kita jika kita suka membuang sampah merata-rata, menebang hutan sesuka hati, mencemarkan alam sesuka hati. Membuat dosa di sana sini.Kenapa aku cakap sama? Cuba korang fikir, alam ini milik tuhan, alam ini ciptaan tuhan. Dan kau orang pun tahu, tuhan itu maha melihat. Kalau kita rosakkan alam ini, tuhan boleh nampak dengan senang. Waktu itu tuhan boleh buat apa saja dengan kita. Tuhan boleh lumpuhkan kita. Tuhan boleh buat gempa bumi. Tuhan boleh buat tsunami pada waktu itu. Walaupun di tempat yang mustahil bagi kita air laut boleh sampai.

  Cuma bezanya kita dengan tuhan ialah kita kalau nampak haiwan atau orang itu,kita akan terus bertindak, tapi tuhan sentiasa boleh lihat kita, tapi Dia boleh bersabar dari terus bertindak. Maka, cuba-cubalah fikirkan. Segala yang silap datang dari saya, dan segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. Aqulu qauli haaza waastagfirullaha ghafururrahim. Assalamualaikumwarahmatullah







Khamis, 7 Jun 2012

Mission Accomplished!

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda para bloggers dan para blogwalker. Entry aku kali ni aku pun tak tau nak letak apa. Masa aku tengah fikir nak letak entry apa kali ini, tiba-tiba aku terfikir aku nak cerita pada korang sesuatu.
  Kembali kepada tajuk di atas. Mission accomplished? Mission apa yang accomplishednya? Mision akulah. Sepanjang cuti aku aku target nak buat sebuah cerita pendek yang tak berapa pendek. Selama empat minggu aku bertungkus lumus menyiapkan cerita ni, dengan pelbagai halangan yang menghalang, akhirnya cerita itu siap juga. Puas. Itu saja yang aku rasa.  
  Cerita itu mengisahkan tentang  seorang anak yang suka membantah permintaan ibu dan bapanya. Tapi, nak tak nak dia terpaksa ikut permintaan itu. Dan akhir sekali. Maaf aku tak boleh bercerita lebih lanjut. Ada hal sikit. Ada masa aku cerita lagi. Maaf dan terima kasih.