Khamis, 31 Mei 2012

Menjadi Diriku


 Dibawah ini adalah lirik lagu dari kumpulan EdCoustic bertajuk Menjadi Diriku. Enjoy the song.



 Tak seperti bintang di langit,
 tak seperti indah pelangi,
 kerna diriku bukanlah mereka,
 ku apa adanya.

 Wajahku kan memang begini,
 sikapku jelas tak sempurna,
 ku akui ku bukanlah mereka,
 ku apa adanya.

*Menjadi diriku dengan segala kekurangan,
 menjadi diriku atas kelebihanku.

 Terimalah aku seperti apa adanya,
 aku hanya insan biasa,
 tak mungkin sempurna,
 tetap ku bangga atas apa yang ku punya,
 setiap waktu ku nikmati,
 anugerah hidup yang ku miliki.

 ulang *

Selasa, 22 Mei 2012

Hadiah??


Falsafah hidupnya ‘Buatlah apa saja,asal tak kacau orang lain.’, Ashraff atau nama sebenarnya Muhammad Ashraff seorang yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang sempurna.
  Dari sifat fizikalnya lengkap satu pakej. Badannya yang sederhana tegap datang bersama wajahnya yang bujur sireh beserta kulitnya yang sawo matang tetapi kelihatan putih itu boleh menyihir mata yang memandang. Ditambah lagi dengan cermin mata berbingkai penuh berwarna hitam, menyerlahkan lagi wajahnya.
  Itulah daripada apa yang orang pandang, bentuk fizikal semata-mata.
Orang jarang melihat apa yang ada di dalam diri seseorang itu. Walaupun Ashraff ini seorang yang boleh dikatakan agak sempurna, tetapi kehidupannya...

. . .

  Nun di ufuk barat, fajar serba salah mahu meninggalkan siang di sini, tetapi ia ada amanah untuk memberi siang itu kepada orang lain. Tatkala burung terbang untuk pulang ke sarang, datang bersamanya angin yang sepoi-sepoi, Ashraff keluar dari rumahnya dengan memandu kereta kompaknya menuju ke pusat membeli-belah di Bandar Melaka. Seperti biasa, dia akan merayau-rayau di sekitar pusat membeli-belah itu.
  Sedang Ashraff berjalan-jalan memerhati keadaan sekitar, tiba-tiba matanya terarah ke arah selatan, di mana ada sekumpulan pelajar yang berpakaian seragam sekolah sedang berbual sambil ada adegan bertepuk- tampar dalam sebuah restoran makanan segera yang terdapat di situ. Mungkin mereka datang dari sekolah terdekat.  ‘Hish, budak-budak ni. Lelaki perempuan selamba saja bertepuk- tampar begitu. Patutnya kalau nak melepak pun jagalah adab tu.’ Hati Ashraff mengkritik pelajar-pelajar itu.
  Sedang asyik memerhati keadaan sekitar, tiba-tiba. BUK! Tubuh Ashraff terduduk selepas dilanggar satu batang tubuh yang juga terjatuh di hadapannya. Sebaik rasa sakitnya hilang, dia memandang ke arah orang yang melanggar dirinya.
  Apa yang dilihat Ashraff kini sangat mengejutkan dirinya. Remaja di hadapannya itu memakai jubah dan kopiah. Tetapi jubah remaja itu agak berlainan daripada apa yang selalu dilihat. Ashraff terpesona seketika dengan pakaian remaja itu.
  ‘Ada lagi ke orang yang pakai seperti ini? Setahu aku hanya kaki masjid saja yang pakai macam ni. Budak ini lebai kah? Tapi beraninya dia pakai macam ni di pusat membeli-belah.’ Hati Ashraff komen akan penampilan remaja di hadapannya kini.
  “Maaf bang, saya tak perasan tadi.” Remaja itu meminta maaf.
  “Mmm, baiklah. Tapi kenapa kau langgar aku tadi?” Ashraff bertanya.
  “Oh, sebab saya nak cepat tadi, nak cari surau dari tadi tak jumpa-jumpa. Nak solat Maghrib. Minta maaf, bang. Saya minta diri dulu.” Remaja itu meminta izin.
  “Sekejap! Kau cakap tadi kau tak tahu surau di mana kan?” Ashraff meminta bertanya kembali.
  “Ya.” Jawab remaja itu ringkas
  “Habis tu, kau nak pergi ke mana tu? Surau ada di sana. Jom aku tunjuk.” Ashraff membawa remaja ke surau tanpa permintaan daripada remaja itu.  “Oh ya, apa nama kau ya?” Ashraff memulakan perbualan selepas mereka tidak bercakap selama beberapa minit.
  ”Nama saya,... Eh? Disitu surau rupanya. Dekat saja. Hehehe. Minta maaf dan terima kasih bang, sebab terpaksa tunjuk jalan kepada saya.” Remaja itu berkata lalu bergerak mahu meninggalkan Ashraff dan masuk ke dalam surau.
  “Hei tunggu sekejap! Kau free tak lepas ni? Aku nak kau teman aku makan malam ni. Boleh tak?” Remaja itu serba salah mahu menerima jemputan Ashraff.
  “Errr.”

. . .

  “Nama saya Abdul Hakeem. Nama abang?” Hakeem memperkenalkan dirinya.
Selepas itu giliran Ashraff pula memperkenalkan dirinya.
  “Nama aku Ashraff. Muhammad Ashraff.”
  “Dari pakaian kau ni,ermm... Kau ni budak sekolah agama kan?”Ashraff bertanya.
 “Ya,betul tekaan abang. Saya memang pelajar sekolah agama.” Jawab Hakeem dengan riak wajah yang gembira.
  “Kau tak rasa malu ke pakai jubah dan kopiah pergi pusat membeli-belah? Cuba kau lihat orang lain, pakai t-shirt, kemeja, jacket dan seluar jean, bukankah itu lebih bergaya?” Ashraff cuba melemahkan semangat Hakeem.
  Sebaik saja mendengar soalan Ashraff itu, Hakeem terus memandang ke arah luar restoran tersebut. Kelihatan orang yang lalu-lalang dengan pelbagai karenah. Ada yang datang bersama keluarga.
  “Malu? Hehe. Buat apa nak malu? Saya lagi bangga pakai pakaian seperti ini. Tengok ni, jubah ni ada hoodie lagi. Abang pernah lihat? Tak pernah kan? Lagipun bang, pakai jubah dengan kopiah ini kan sunnah nabi. Lagi satukan, saya tak kisah pun dengan t-shirt, kemeja, jacket ataupun seluar jean itu. Semua tu datangnya dari barat. Ada baik dan buruknya.” Ujar Hakeem membalas pertanyaan Ashraff.
  “Order?” Tiba-tiba seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.
  Sebaik sahaja pelayan itu pergi, Ashraff menyoal Hakeem kembali dengan soalan tentang agama.
  “Ok, tadi kau pergi solatkan? Kenapa semua orang mesti solat?”
  “Wah soalan cepu perak tu. Baiklah, sebenarnya ada banyak sebab untuk solat, tapi yang saya ingat sikit saja. Antaranya kerana, solat itu memberi kita ketenangan dan dengan solat, kita boleh berjaya seperti apa yang ada dalam laungan azan iaitu, ’Hayya alal falaah’ yang bermaksud ‘Marilah menuju kejayaan.’” Hakeem menjawab ringkas sambil mencuba untuk berseloroh bagi menceriakan keadaan yang seperti tegang itu.
  “Apa pula kaitan antara solat dengan kejayaan?” Soal Ashraff lagi.
  “Seperti yang saya cakap tadi, bila kita solat kita akan berasa tenang. Jadi bila kita berasa tenang, kita buat kerja pun lancar sajalah. Selain itu, bila kita solat, biasanya kita akan berdoa. Waktu itu, mintalah ketenangan dan kejayaan daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu suka hamba-Nya meminta kepada-Nya.” Hakeem mengakhiri jawapannya.
  “Hmm, jawapan yang bagus walaupun kurang memuaskan. Apapun aku mahu mengucapkan terima kasih kerana kau sudi meluangkan masa kau.” Kata Ashraff sambil menghulurkan wang sebanyak RM 300 kepada Hakeem.
  “Sama-sama, tapi, apakah ini? RM 300? Untuk apa?” Hakeem serba salah mahu menerima duit sebanyak itu.
  “Ambil saja duit itu. Gunalah untuk apa saja yang kau mahu, asalkan ia tidak membawa dosa. Kau tahu siapa aku yang sebenarnya?” Soal Ashraff. Tetapi soalan Ashraff itu hanya dibalas dengan gelengan.
  “Aku sebenarnya adalah seorang hamba yang sudah lama melupakan erti solat, kepentingan solat, berdoa dan banyak lagi. Dan tentang duit itu, sebenarnya itu rezeki kau. Aku sebenarnya sudah bernazar, jika aku boleh jumpa seseorang yang boleh menasihati aku dalam sebuah pusat membeli-belah, aku akan hadiahkan dia RM 300, seperti yang engkau dapat. Dan aku memang tak sangka, kau yang dapat RM 300 ni. Tahniah dan terima kasih. Semoga kita dibenarkan bertemu lagi. Assalamualaikum.” Ashraff mengakhiri kalamnya,dan kemudian dia beredar ke kaunter untuk membayar makanan. Selepas itu, Ashraff terus beredar dari restoran tersebut sambil melambai kepada Hakeem yang masih berada dalam restoran.
  ‘Ermm, manusia-manusia, macam-macam kerenahnya... Semoga kita berjumpa lagi abang  Ashraff.’ Hati Hakeem berkata-kata.
  Dua minit kemudian, kelihatan Hakeem keluar dari restoran itu dengan riak wajah yang gembira.
  “Eh? Ke mana aku nak pergi ya?” Kata Hakeem sambil menggaru kepalanya.